Tuesday, January 5, 2016

Pemandangan Lampu Kota Malam

Assalamualaikum

Baiklah. Entry malam nie ialah mengenai view pada waktu malam. Nak-nak lagi asrama Tasha agak tinggi, jadi bila malam nampaklah lampu dan cahaya kenderaan. Walaupun cahaya tu agak jauh dan samar-samar tetapi nampak cantik sangat.

Ditambah pula dengan bunyi kenderaan lalu lalang menambahkan lagi mood. hahahaha.

Setiap kali Tasha nampak highway yang berhampiran, pasti Tasha homesick katakan.

Oh ya ! kalau waktu senja ataupun Twilight (bajet tajuk filem) view matahari terbenam memang cantik

subhanallah

Waktu subuh lagi lah tenang, hanya ada kabus je.

Tempat yang Tasha maksudkan ialah di Bukit Mertajam, Penang

#sharelah cerita pemandangan you guys kat Tasha

Monday, January 4, 2016

Kenangan di SMK Bukit Kepayang S2

Betul kata orang

"masa sekolah rendah, asyik teringin nak naik sekolah menengah dengan cepat,"
           "masa dah naik sekolah menengah, teringin nak masuk universiti cepat-cepat "
tapi, bila dah masuk universiti atau IPT teringat kenangan kat sekolah. Hahaha. Tipulah kalau tak de perasaan macam nie.

2014, tahun penting bagi batch 1997, ambik SPM bak kata orang " SPM tu penentu masa depan tapi bukanlah penentu untuk segala-galanya".

Jadi, Tasha nak cerita pasal subjek yang mungkin agak bosan bagi sape-sape yang kurang berminat akan subjek Perdagangan. Hahaha. Sebut je subjek Perdagangan mesti terbayang soalan-soalan esei dan objektif yang KBAT tu.

Jangan risau, cara Tasha nak fahamkan subjek tu ialah dengar je cikgu kita cakap apa, rajin-rajinlah bukak buku teks Perdagangan terutama sekali bab 1,2 dan 3 form 4. Memang sangat penting. Nak-nak lagi pasal Hieraki Keperluan Maslow.

Then,habis je honeymoon year, masuk 2014. Huhuhu SPM wei !!
Sape tak kecut perut dengar SPM kan !

Masuk je silibus form 5, kenalah belajar pasal bab perbankan, insurans, kenderaan, dan bla..bla..bla... Kalau Tasha baca teks dulu, buat nota sendiri, buat soalan past year dan semak jawapan kat belakang buku soalan. Kalau soalan esei pulak, Tasha hafal sikit-sikit je, yang lain baca soalan dengan teliti.


InsyaALLAH. Sape rajin dia boleh jawab.
Ehem...ehem.. teringat cikgu Chan Lai Chang yang ajar Tasha subjek Perdagangan.

Pengalaman Memasuki IPGM

 Baiklah. Hari Tasha nak share pengalaman masuk IPGM sebelum, selepas dan semasa. 
 Ada proses-proses yang perlu diikuti perkembangannya. Macam Tasha, abis je ambik result SPM 2014, terus isi borang permohonan online.But, kena lah sabar tunggu keputusan.

 Alhamdulilah dapat tawaran ke UKCG dan Ujian Menulis kat IPGK Raja Malewar.
Jangan risau kalau you guys buat latihan senaman. InsyaAllah boleh buat. Kalau ujian menulis pulak soalan dia agak mudah namun hati-hati tau kerana jawapan dia agak mengelirukan minda.

Oh ya ! Temuduga pun ada. Interview berkumpulan. Nnt akan ada mcm satu tayangan filem pendek. Dari tayangan filem pendek tu lah kita kena beri pendapat dan jawab soalan-soalan panel penemuduga. Macam Tasha dapat tajuk filem pendek  " Anak Derhaka ". 

Membilang hari, kemudian keluarlah keputusan tawaran ke IPGM, rasa sedih jugaklah sebab tak dapat.

 Namun, jangan risau ada rayuan. Jadi, Tasha buatlah rayuan. Alhamdulilah skrg kat IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Penang.

Cuba kita berdoa kepada Allah. Berfikiran baik. InsyaAllah dipermudahkan.

Gudluck bagi yang ingin memohon masuk IPGM.

Selamat Tahun Baru

 Selamat Tahun Baru

Belum terlambat lagi kan nak ucap happy new year kat you guys. Yang hari ini first day sekolah macam mana ? Seronok tak ?  Bagi Tasha hari ini biasa-biasa je.Cuma mungkin culture shock terhadap subjek major Pengajian Melayu Semester 2 PPISMP iaitu 
  • Morfologi Bahasa Melayu
  • Sintaksis Bahasa Melayu
  • Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi.
Harap2 the minds,body and soul dapat bertahan. Amin. Bye

CONTOH TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEKOLAH RENDAH MUDAH BAGI GURU TERLATIH

السلام عليكم dan salam sejahtera. Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah renda...