Sunday, March 6, 2016

KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU.

                       Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon (2012) dalam buku Budaya dan Pembelajaran, menjelaskan bahawa masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Mereka ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari pelbagai aspek gaya hidup.
                        Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilalui.
                       Menurut pandangan Islam, akal berfungsi  memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.  Menurut Hadith Nabi Muhammad :

Berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat 70 tahun”

                       Dari perspektif pemikiran, Melayu ini secara historikal akan mengungkapkan perkembangan masyarakat Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran mereka. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal-fikiran, akal-budi, alam, ilmu yang diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan. .

                        Manusia menggunakan akal dan hati untuk mendekati dan berinteraksi dengan Tuhan dan juga memerlukan hubungan spiritual, emosi dan jiwa. Manusia dipilih oleh Tuhan kepada untuk dijadikan sebagai khalifahNya di muka bumi bagi memakmurkan tuntutan tugas manusia. Oleh itu, manusia memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjaga alam ini.

                       Dari sudut pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut Kamus Dewan(1984),hal 115, santun bermaksud halus budi bahasa atau “berbudi pekerti” dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

                      Berdasarkan seorang ahli bahasa Malaysia yang terkenal, Awang Sariyan(2007)memberi takrifan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Manakala, menurut tokoh Nusantara iaitu Hamka pernah  menyatakan bahawa kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah atau pakaian.

                        Antara contohnya ialah,masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti nama diri yang lebih lembut(merendah diri). Senario ini dapat dilihat melalui pertuturan antara rakyat jelata dengan Raja(Sultan). Rakyat akan menggunakan kata ganti nama diri pertama(patik atau hamba)manakala Raja akan menggunakan kata ganti nama diri ketiga(tuanku) dalam pertuturan laras bahasa istana. Tambahan pula, masyarakat Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang kerana mulut merupakan salah satu anggota yang perlu dijaga kerana mulut akan mengungkapkan kata-kata yang kurang sopan. Oleh itu,penggunaan mulut pada setiap hari perlu ada hadnya dan orang Melayu sangat menitik beratkan hal sebegini selaras dengan penciptaan peribahasa seperti ”kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”.

                         Selain itu, akal budi  masyarakat  Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikateogorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu terlebih dahulu walaupun dalam keadaan yang sibuk,namun tingkah laku ini tidak dapat dilihat di Negara Korea. Mereka akan memberitahu secara berterus-terang bahawa mereka sedang sibuk dan menyuruh tetamu tersebut pulang. Selain itu, tertulis dalam hikayat sastera klasik di mana terdapat beberapa pergaduhan yang mengaibkan atau menghukum seseorang. Contohnya, kerana Jebat ingin membalas dendam  ke atas Sultan Melaka, Tuah telah dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh kerana difitnah bermukah dengan perempuan istana. Oleh itu,lahirlah peribahasa “menconteng arang di muka” yang bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu atau aib kepada keluarga. Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli keluarganya ataupun seseorang dianggap sebagai tidak bermaruah. Justeru,masyarakat perlu menjaga perlakuan agar tidak menyinggung perasaan seseorang.

                        Akhir sekali,akal budi  masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa gaya hidup. Menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut kemampuan(mewah,sederhana dan sebagainya). Manakala kehidupan dapat didefinisikan sebagai perihal hidup(Sumber:Kamus Dewan Edisi Keempat). Terdapat beberapa jenis akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian iaitu agama dan kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.

                        Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Contohnya,adat kunjung-mengunjungi jiran tetangga. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan. alam masyarakat Melayu.

                       Selain itu, seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan sebagainya). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur asli dan luar.

                       Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok. Pertamanya, penerapan  sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral).Seterusnya, penerapan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal), yang digunakan oleh orang Minangkabau di Malaysia.Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.

                        Tamadun Melayu juga  berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa dan perumpamaan. Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam.

                         Sejarah masyarakat Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi sebahagian budaya orang Melayu. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu:
Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat mati
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
                 Biar mati anak, jangan mati adat dan, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
                       Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi dalam amalan hidup seharian. Mereka  amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat isitadat yang diwarisi sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, “adat dikelek dan hukum dijunjung”. Terdapat beberapa upacara “rites de passage” gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. oleh si ibu agar anak yang bakal dilahirkan tidak  akan mewarisi perangai keji kedua-dua ibu bapaya.

                       Seterusnya, orang Melayu  tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilayan dengan sebaik mungkin. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.

                        Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (atau refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Dalam berpakaian, selain bersih. Islam juga menekankan pentingnya menutup aurat..Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal . Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan perkerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok.

         KARYA PUISI TRADISIONAL
          Puisi tradisonal merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Buktinya ,orang Melayu berbangga dengan puisi tradisional milik mereka yang pelbagai jenis. Antara jenis karya puisi tradisional tersebut ialah pantun, syair, gurindam,nazam dan seloka.

          Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, tuntun, matuntun, panton, dan pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah dalam kesusasteraan Melayu’. Istilah pantun asalnya dipakai dengan perbandingan. Contoh pantun cinta dan kasih sayang:

Dari Mentakab ke Sungai Mati,
Singgah bermalam di Tangga Batu,
Tumpang di rumah Tok Lela;
Timbullah insaf di dalam hati,
Pemandu ramai penumpang pula tetap setia
(Sumber Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, Puisi Melayu)

          Syair pula merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi.Syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair.Syair berkembang dalam pelbagai bahasa  di Nusantara. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.Contoh syair:
Manusia turun kebumi untuk diuji,
Untuk menjadi manusia sejati,
Muliakan hati untuk mendapatkan derajat tertinggi,
Menjadi kekasih yang dikasihi dan diberkati
          Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.Contoh gurindam:
Apabila anak tidak dilatih,
Jika  besar  bapanya  letih.
          Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang berasal daripada puisi Arab, telah wujud lebih 100 tahun yang lalu dan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita Kebanyakan liriknya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjuk  ajar biasanya berkaitan dengan ilmu agama. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang. Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan ulamak.
       Contoh nazam tradisonal karya               

                                                 Aku mula nazam ini dengan nama,
Allah yang memberi fahaman agama,
Puji itu bagi Allah yang mulia,
Lagi kekal ia lagi yang sedia.
(Tuan Guru Haji Mustapa)
         Dalam bahasa Melayu, seloka beerti berseloroh atau menyindir.Merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu dan dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara

Contoh seloka:
Tanam padi satu-persatu,
Anak lintah dalam cunia.
Daging hancur menjadi satu,
Tanda cinta dalam dunia.

No comments:

Post a Comment