Pengenalan
Kecergasan
merupakan satu keadaan individu yang berkebolehan menyaingi kehidupan yang
seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang melibatkan sosial, psikologi dan
fisiologi. Dipengaruhi oleh aspek-aspek keturunan (baka), persekitaran (alam
sekitar) dan gaya
hidup (tingkahlaku)
Konsep
Kecergasan Keseluruhan
Kecergasan
yang merangkumi aspek-aspek kecerergasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
(syumul). Hidup dengan selesa, sempurna
dan bertenaga. Hak Setiap Individu. Perlu ditingkatkan dari masa ke semasa bagi
menjamin kehidupan yang lebih sihat, cergas dan lebih bermakna.
Definisi
Kecergasan Fizikal
Keupayaan
untuk melakukan tugas tanpa lesu keterlaluan dan masih boleh bertindak balas
terhadap keadaan yang cemas atau perkara yang tidak diduga.
Kepentingan
Kecergasan Fizikal
1.
Faktor Kesihatan
Mempunyai
tahap kesihatan yang optimum dan berkeupayaan mencegah penyakit dan kecacatan
2.
Faktor Kemahiran
Mempunyai
kebolehan fizikal yang optimum dalam menangani kehidupan seharian dan dapat
melakukan ikhtiar hidup.
Komponen
Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan
1)
Daya Tahan Kardiovaskular
Kecekapan
jantung dan sistem perdaran darah berfungsi dengan sistem respiratori untuk
memenuhi keperluan oksijen dalam tubuh badan supaya kerja untuk jangka masa
yang panjang dapat diteruskan.
Komponen
ini melibatkan sistem tenaga aerobic yang mana memerlukan kehadiran oksigen
untuk proses penghasilan tenaga. Dayatahan
CVR boleh dibina dengan melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara
berpanjangan seperti aktiviti berikut:
a)
Jogging sejauh 5 km
b)
Berbasikal sejauh 20 km
c)
Berenang sejauh 600 meter
d)
Senamrobik selama 60 minit
Terdapat
beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular
a)
Cooper test (lari selama 12 minit)
b)
Lari 2.4 km
c)
Ujian Bleep (Pace Run)
d)
Renang 600 meter.
2)
Daya tahan Otot
Kebolehan
sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulang-ulang bagi
satu masa tertentu atau penguncupan otot untuk satu jangka masa yang lama.. Dayatahan
Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau kumpulan otot
tertentu seperti
a)
latihan bebanan (beban kurang, ulangan
banyak)
b)
Latihan rintangan (rintangan yang rendah,
masa yang panjang)
c)
Ulangan perlakuan sehingga lesu.
Daya tahan
otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti
a)
Tekan tubi tanpa henti selama 1 minit
b)
Harvard step up dengan mengikut rentak
metronome
c)
Dan lain-lain lagi.
3)
Kekuatan Otot
Keupayaan
otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
Kekuatan otot
boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangan
a)
Isotonik
b)
Isometrik
c)
Isokinetik
Beban
mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihan
d)
Ujian Kekuatan Otot
e)
Bangkit tubi bervariasi
f)
Dynometer test
g)
Set ujian kekuatan.
4)
Kelenturan
a)
Keupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan
pergerakan berlaku melalui satu julat
atau sudut yang seluas mungkin dengan licin tanpa sebarang rintangan.
b)
Hasil pergerakan ditentukan oleh kebolehan
otot, ligamen dan tendon untuk memanjang.
c)
Latihan meningkatkan kelenturan - Kekerapan
untuk melakukan senaman regangan otot, ligamen dan tendon semasa sesi
memanaskan badan dan kekerapan melakukan kelonggaran sendi-sendi.
d)
Ujian Kelenturan -Terdapat banyak ujian
kelenturan namun yang paling popolar ialah duduk dan jangkau. Flexometer adalah alat yang direka untuk
mengukur tahap kelenturan seseorang.
5)
Komposisi Badan
Kadar peratusan lemak
dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan tulang)
Latihan Pembakaran
Lemak
·
Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.
·
Mengawal kadar pengambilan kalori dengan
kadar pembakaran kalori.
·
Meningkatkan kadar metabolisme.
Ujian Komposisi Badan
·
Ukur lilit pinggul
·
Berat / tinggi
Komponen kecergasan
fizikal berlandaskan lakuan motor
a.
Ketangkasan
Keupayaan menukarkan araha semerta semasa dalam pergerakan.
b.
Imbangan
Kebolehan mengawal dan mengimbangi badan semasa beraksi
c.
Kordinasi
Kebolehan dua anggota berkerjasama
d.
Kelajuan
Melakukan pergerakan dengan pantas
e.
Masa tindak balas
Tindakan semerta selepas mendapat ransangan
f.
Kuasa
Keupayaan otot untuk meletus dengan penuh tenaga.