السلام عليكم dan salam sejahtera.
Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah rendah (SR).
Assalamualaikum dan hello, there! What's up?
السلام عليكم dan salam sejahtera.
Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah rendah (SR).
Selamat Tahun Baru!
Semoga tahun ini kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik seperti peluang pekerjaan, pendapatan yang stabil, kesihatan yang baik, family around us, kawan-kawan yang superb dan other good things.
2020 has quite been a tough year with the pandemic. Wish you a wonderful year of 2021 ahead. Don't forget to take care of ourself and other. Let's pray that Covid-19 will vanish gituww.
Antasha
1 Januari 2021
1.2 PRINSIP-PRINSIP LATIHAN
Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-
1.
MEMANASKAN BADAN
Setiap
latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan
diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah
penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan
peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan
aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan
atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan
mengurangkan berlakunya kecederaan otot.
2. ANSUR MAJU
Program
latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan
kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalah berdasarkan
kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti
latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja
hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan
pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu
mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk
berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.
3. TAMBAH
BEBAN
Mempunyai
perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direkabentuk
hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat
mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu
mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen
kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.
4. PERBEZAAN
INDIVIDU
Program
latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi
matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program
latihan yang sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.
5. INTENSITI
Di dalam
sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban
latihan. Intensiti beban latihan diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan
supaya atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk
paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi
latihan ke tahap sub maksimum. (70% higga 80% KNL).
6. SPESIFISITI (PENGKHUSUSAN)
Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.
7. KEKERAPAN
LATIHAN
Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.
8. MASA
LATIHAN
Masa latihan
bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi
ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan
dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang
signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam
lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit
sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang
tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh
dipertingkatkan.
9.
KEBOLEHBALIKAN
Latihan yang
dijalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal.
Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak
berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang diambil
untuk membinanya.
10.
KEPELBAGAIAN LATIHAN.
Mempelbagaikan
latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi penyilangan
latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan
fizikal.
11.
PENYESUAIAN LATIHAN ATAU ADAPTASI.
Apabila
sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah maka
ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang
dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan
memanipulasikan perkara berikut:-
o Kekerapan
(frequency)
o Intensiti
( Intensity )
o Masa
(time)
o Jenis (type)
Latihan perlu dijalankan dengan berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu dijalankan sebanyak tiga kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap sesi latihan. Intensiti latihan boleh ditafsir sebagi kualiti latihan. Intensiti latihan pada kadar nadi 60% - 90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis aktiviti yang digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik sesuai untuk meningkatkan keupayaan aerobik. Jangkamasa latihan penting untuk menentukan kesan latihan yang optimun. Sekiaranya terlalu singkat iaitu kurang dari 20 minit tidak akan memberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik manakala jangkamasa terlalu lama pula akan mengakibatkan kelesuan.
Kemaskini maklumat di e-graduan
1 Disember 2020 hingga 14 Disember 2020
Pada 1/12/2020 hingga 3/12/2020 macam tu, portal e-graduan mengalami gangguan teknikal. Ada juga yang dapat daftar dan log in (mungkin dia buat masa server tak ramai). Jadi, saya pun buat masa portal dah stabil.
Perkara yang penting masa isi e-graduan ni ialah butiran haruslah betul. Jika terdapat kesalahan, calon hendaklah menghantar emel (ada format) atau telefon. Cuma telefon ni pun line busy. Panduan mengisi butiran juga telah disediakan.
Tawaran Pelantikan Tetap Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
11 Disember 2020 (Jumaat)
Kami dapat berita gembira. Hebahan keputusan temu duga SPP telah keluar. Bila check, alhamdulilah lulus. Selepas check keputusan, kita perlu klik surat tawaran tersebut dan simpan elok-elok. Lebih baik buat backup.
Antara langkah yang perlu dilakukan ialah:
1. Download surat tawaran
2. Cetak
3. Baca
3. Fahami arahan
Kemudian, dokumen-dokumen yang dinyatakan juga perlu disempurnakan secepat yang mungkin sebab lebih baik siap awal. Nak-nak lagi musim pandemik ni. Jadi, saya share thread atau bebenang perkara yang perlu disiapkan ya.
26 Disember 2020
Hantaran sebelum ini pada 24 Disember 2020 saya dah share mengenai dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan. Sekali lagi saya beritahu, saya hanya share yang penting sahaja. Lampiran lain korang kena baca.
Perkara yang saya akan
jelaskan pernah menjadi persoalan/pertanyaan yang kerap dalam group batch
Telegram.
Lampiran 1 : Panduan Tugasan Penyediaan Video Rakaman
Pihak SPP jelas
menyatakan calon perlu mempersembahkan Curriculum
Vitae (CV) dan keterampilan diri yang layak dilantik sebagai Pegawai
Perkhidamatan Pendidikan Gred DG41.
Berikut merupakan komponen-komponen yang diminta
a) Komponen pengenalan diri (2 minit)
b) Komponen kemahiran mengajar (2 minit)
c) Pengetahuan am (1 minit)
*Durasi video tersebut tidak melebihi 5 minit.
Jangan risau. Pihak SPP ada memberi cadangan masa
untuk siapkan tugasan video rakaman ini.
Pihak SPP juga memberitahu video bilangan shot, ruang
penggambaran bebas. Bolehlah nak cari background di mana-mana. Ada yang buat di
kelas, ruang tamu, surau dan lain-lain asalkan bersesuaian.
Peringatan : Video yang dirakamkan hendaklah format
mp4 720p.
Lebih baik mode landscape. Saya dan rakan-rakan lain
merekod menggunakan telefon pintar sahaja. Kalau ada kamera profesional lebih
baik. Saya sarankan juga gunakanlah tripod, microphone jika ada, LED ring atau
apa-apa yang boleh membuatkan video anda lebih berkualiti.
Bagi semua komponen ikut saja kreativiti anda. Asalkan
berdasarkan kriteria yang diminta.
Saya nasihatkan calon buat skrip dan praktis terlebih
dahulu.
Kemudian, dah siap. Baru edit. Saya edit guna Filmora
dekat phone je. Risau juga ada watermark tapi tiada masalah pun.
Pakaian formal dan kemas. Ada nametag. Masa saya
interview, saya pakai baju kurung, tudung dan kasut. Tapi saya tidak memakai
blazer kerana baju kurung sendiri sudah formal.
Lampiran
2 : Senarai Semak Dokumen Temu Duga bagi Permohonan ke Jawatan PPP
Perlu isi butiran, tick senarai semak dan letak gambar
passport (background biru)
Lampiran
3: Panduan Memuatnaik Dokumen/Video Rakaman ke Google Drive
1. Ikut sahaja langkah
*Lepas kita send,akan ada auto reply daripada pihak
SPP yang menyatakan mereka sudah menerima. Saya dapat emel tu dalam masa 1
minit. All the best ya.
Antasha
25
Disember 2020
السلام عليكم dan salam sejahtera. Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah renda...