Friday, December 25, 2020

Pengalaman Temu Duga bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tamat Jun 2020

 

Hantaran sebelum ini pada 24 Disember 2020 saya dah share mengenai dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan. Sekali lagi saya beritahu, saya hanya share yang penting sahaja. Lampiran lain korang kena baca.

Perkara yang saya akan jelaskan pernah menjadi persoalan/pertanyaan yang kerap dalam group batch Telegram.

Lampiran 1 : Panduan Tugasan Penyediaan Video Rakaman

Pihak SPP jelas menyatakan calon perlu mempersembahkan Curriculum Vitae (CV) dan keterampilan diri yang layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidamatan Pendidikan Gred DG41.

Berikut merupakan komponen-komponen yang diminta

a)    Komponen pengenalan diri (2 minit)

b)    Komponen kemahiran mengajar (2 minit)

c)    Pengetahuan am (1 minit)

*Durasi video tersebut tidak melebihi 5 minit.

Jangan risau. Pihak SPP ada memberi cadangan masa untuk siapkan tugasan video rakaman ini.

Pihak SPP juga memberitahu video bilangan shot, ruang penggambaran bebas. Bolehlah nak cari background di mana-mana. Ada yang buat di kelas, ruang tamu, surau dan lain-lain asalkan bersesuaian.

Peringatan : Video yang dirakamkan hendaklah format mp4 720p.

Lebih baik mode landscape. Saya dan rakan-rakan lain merekod menggunakan telefon pintar sahaja. Kalau ada kamera profesional lebih baik. Saya sarankan juga gunakanlah tripod, microphone jika ada, LED ring atau apa-apa yang boleh membuatkan video anda lebih berkualiti.

Bagi semua komponen ikut saja kreativiti anda. Asalkan berdasarkan kriteria yang diminta.

Saya nasihatkan calon buat skrip dan praktis terlebih dahulu.

Kemudian, dah siap. Baru edit. Saya edit guna Filmora dekat phone je. Risau juga ada watermark tapi tiada masalah pun.

Pakaian formal dan kemas. Ada nametag. Masa saya interview, saya pakai baju kurung, tudung dan kasut. Tapi saya tidak memakai blazer kerana baju kurung sendiri sudah formal.

Lampiran 2 : Senarai Semak Dokumen Temu Duga bagi Permohonan ke Jawatan PPP

Perlu isi butiran, tick senarai semak dan letak gambar passport (background biru)

Lampiran 3: Panduan Memuatnaik Dokumen/Video Rakaman ke Google Drive

1.    Ikut sahaja langkah

  1. Sebelum hantar semak dahulu link (Link publickan, kemudian cuba buka kerana ada corrupted link. Nanti pihak SPP tidak dapat buka).
  2. Semak buat kali terakhir.
  3. Pastikan alamat emel betul.
  4. Baca doa.
  5. Send

*Lepas kita send,akan ada auto reply daripada pihak SPP yang menyatakan mereka sudah menerima. Saya dapat emel tu dalam masa 1 minit. All the best ya.

Antasha

25 Disember 2020

No comments:

Post a Comment

CONTOH TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEKOLAH RENDAH MUDAH BAGI GURU TERLATIH

السلام عليكم dan salam sejahtera. Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah renda...