PENGERTIAN BUDAYA DAN AKAL BUDI
MASYARAKAT MELAYU
Terdapat pelbagai takrifan yang
dikemukan mengenai konsep budaya. Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad
Subki bin Miskon (2012) , mengatakan
perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pengertian berikut:
a)
Buddhi ( Sanskrit ) : kecergasan fikiran dan akal
Bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran
seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani suatu
permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Manakala Menurut Teuku Iskandar, budi berasal daripada kata Sanskrit Buddhi
bermaksud bijak, baik pekerti dan mulia atau intelektual (wisdom).
b)
Daya (Melayu ) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
Ini pula memberi maksud bahawa
seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang
semula jadi bagi membantu menjana pemikiran.
Gabungan daripada perkataan tersebut
membawa maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan
kekuatan kuasa, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal
fikiran bagi menangani sesuatu masalah seterusnya menyelesaikannya. Daripada
pernyataan di atas, penyelesaian yang diterima akan dijadikan amalan dan
seterusnya dijadikan budaya dalam kelompok masyarakat.
Piddington (1952) menafsirkan budaya
sebagai satu himpunan kelengkapan intelek dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan kehendak
persekitaran.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya
ialah kemajuan pemikiran, akal budi(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam dan nilai.
Buktinya dapat dilihat melalui dua
belas jenis karya puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, nazam,
seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa
berirama (prosa lirik), dan dikir (zikir).
Daripada tafsiran-tafsiran tersebut,budaya boleh
dikatakan sebagai cara hidup atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh sesebuah
kelompok masyarakat yang dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.
Setiap kelompok masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Kewujudan budaya
dan akal budi inilah yang dapat
membezakan kumpulan sesebuah masyarakat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment