Monday, January 4, 2016

Pengalaman Memasuki IPGM

 Baiklah. Hari Tasha nak share pengalaman masuk IPGM sebelum, selepas dan semasa. 
 Ada proses-proses yang perlu diikuti perkembangannya. Macam Tasha, abis je ambik result SPM 2014, terus isi borang permohonan online.But, kena lah sabar tunggu keputusan.

 Alhamdulilah dapat tawaran ke UKCG dan Ujian Menulis kat IPGK Raja Malewar.
Jangan risau kalau you guys buat latihan senaman. InsyaAllah boleh buat. Kalau ujian menulis pulak soalan dia agak mudah namun hati-hati tau kerana jawapan dia agak mengelirukan minda.

Oh ya ! Temuduga pun ada. Interview berkumpulan. Nnt akan ada mcm satu tayangan filem pendek. Dari tayangan filem pendek tu lah kita kena beri pendapat dan jawab soalan-soalan panel penemuduga. Macam Tasha dapat tajuk filem pendek  " Anak Derhaka ". 

Membilang hari, kemudian keluarlah keputusan tawaran ke IPGM, rasa sedih jugaklah sebab tak dapat.

 Namun, jangan risau ada rayuan. Jadi, Tasha buatlah rayuan. Alhamdulilah skrg kat IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Penang.

Cuba kita berdoa kepada Allah. Berfikiran baik. InsyaAllah dipermudahkan.

Gudluck bagi yang ingin memohon masuk IPGM.

No comments:

Post a Comment

CONTOH TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEKOLAH RENDAH MUDAH BAGI GURU TERLATIH

السلام عليكم dan salam sejahtera. Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah renda...