Showing posts with label IPG. Show all posts
Showing posts with label IPG. Show all posts

Friday, May 8, 2020

IPG : Semester 8


Ambilan Jun 2016

Saya sebenarnya guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 di IPG Kampus Tuanku Bainun. Mei 2020 sepatutnya saya menamatkan pengajian tapi disebabkan Covid-19, pentaksiran alternatif mungkin dijalankan pada Jun 2020. Semua plan tak menjadi macam yang kita rancang. Huhue. But it's okay !!

Sepanjang berada di sem 8 ni, macam-macam kerja. Hectic. Terutamanya sem 8 ni kena siapkan research Bab 4 dan Bab 5. Untuk yang tak tahu, kita dah start buat research masa sem 6

Sem 6 : Kertas cadangan (kalau macam saya kajian kes bab 1, bab 2 dan bab 3)
Sem 7 : Kutip data semasa praktikum fasa 2
Sem 8 : Laporan penuh dan Viva.

Kali ni, viva pun tak macam biasa. Kami still buat PPTX cuma letak audio kemudian send kepada panel. Panel nanti pun akan bagi soalan . Kelebihan viva macam ni kuranglah anxiety.

Selain research, sem 8 pun ada intern. Intern akan buat kat sekolah praktikum sem 7 . Ada je tukar sekolah kecuali korang ada alasan yang kukuh nak tukar sekolah.

So, nasihat akak sem 8 untuk adik-adik yang nak masuk IPG ni. Masuk bukan sebab nak elaunlah, kerja senanglah dan bla bla. Masuk IPG pun ada banyak cabaran. All the best ya !😉😉😉😉😉

Kalau nak tanya apa-apa boleh dm kat twitter saya. Ciao!

Monday, April 25, 2016

Program #StreetProject

Program #StreetProject


السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ




#Streetproject nie sebenarnya berlangsung sekitar Masijid Kapitan, Georgetown,Pulau Pinang pada 23 April 2016 yang lepas. Bertujuan untuk membantu gologan gelandangan yang kurang bernasib baik. Syukur alhamdulilah kutipan sumbangan kat maktab semuanya berjalan lancar. Dapatlah kami bagi sumbangan makanan dan keperluan yang lain.

Berpasirlah juga mata bila dengar satu cerita dari sorang auntie tu. Dia sanggup tak makan sbbnya nk bagi anak dia makan. Lebih sedih lagi, bila dia ckp hr nie baru dia minum air itupun macam bubur org kasi. 

Seriously, dengar cerita dari gelandangan-gelandangan nie sedih juga. Buat diri rasa bersyukur kat Allah. Dulu, aku fikir aku je yang susah itupun susah yang ada problem solving, Tapi, golongan gelandangan nie susah diorg tahap yg tak dpt digambarkan. 

Oke. Kesat sikit air mata tu ya...
😭😭😭😭

Kat bawah nie, hakak payung gambar-gambar ya



Dari kiri ( pak cik wan maktab, AJK Masjid Kapitan, Ustaz Basil, Umair (pengerusi), Haziq n Zal





Sorry, gambar yang seterusnya tu malas nk letak caption. Btw, kami sebenarnya opsyen Pengajian Melayu dan juga Muzik dari IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang,
😘😘😘😘😘😘😘😘

Sasape yang nak buat program gini, Carry on, guys. Pedulikan org-orang yang ckp belakang tu.
Perbetulkan niat je. Janji ikhlas.



Tuesday, January 5, 2016

Pemandangan Lampu Kota Malam

Assalamualaikum

Baiklah. Entry malam nie ialah mengenai view pada waktu malam. Nak-nak lagi asrama Tasha agak tinggi, jadi bila malam nampaklah lampu dan cahaya kenderaan. Walaupun cahaya tu agak jauh dan samar-samar tetapi nampak cantik sangat.

Ditambah pula dengan bunyi kenderaan lalu lalang menambahkan lagi mood. hahahaha.

Setiap kali Tasha nampak highway yang berhampiran, pasti Tasha homesick katakan.

Oh ya ! kalau waktu senja ataupun Twilight (bajet tajuk filem) view matahari terbenam memang cantik

subhanallah

Waktu subuh lagi lah tenang, hanya ada kabus je.

Tempat yang Tasha maksudkan ialah di Bukit Mertajam, Penang

#sharelah cerita pemandangan you guys kat Tasha

Monday, January 4, 2016

Pengalaman Memasuki IPGM

 Baiklah. Hari Tasha nak share pengalaman masuk IPGM sebelum, selepas dan semasa. 
 Ada proses-proses yang perlu diikuti perkembangannya. Macam Tasha, abis je ambik result SPM 2014, terus isi borang permohonan online.But, kena lah sabar tunggu keputusan.

 Alhamdulilah dapat tawaran ke UKCG dan Ujian Menulis kat IPGK Raja Malewar.
Jangan risau kalau you guys buat latihan senaman. InsyaAllah boleh buat. Kalau ujian menulis pulak soalan dia agak mudah namun hati-hati tau kerana jawapan dia agak mengelirukan minda.

Oh ya ! Temuduga pun ada. Interview berkumpulan. Nnt akan ada mcm satu tayangan filem pendek. Dari tayangan filem pendek tu lah kita kena beri pendapat dan jawab soalan-soalan panel penemuduga. Macam Tasha dapat tajuk filem pendek  " Anak Derhaka ". 

Membilang hari, kemudian keluarlah keputusan tawaran ke IPGM, rasa sedih jugaklah sebab tak dapat.

 Namun, jangan risau ada rayuan. Jadi, Tasha buatlah rayuan. Alhamdulilah skrg kat IPGK Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Penang.

Cuba kita berdoa kepada Allah. Berfikiran baik. InsyaAllah dipermudahkan.

Gudluck bagi yang ingin memohon masuk IPGM.

Selamat Tahun Baru

 Selamat Tahun Baru

Belum terlambat lagi kan nak ucap happy new year kat you guys. Yang hari ini first day sekolah macam mana ? Seronok tak ?  Bagi Tasha hari ini biasa-biasa je.Cuma mungkin culture shock terhadap subjek major Pengajian Melayu Semester 2 PPISMP iaitu 
  • Morfologi Bahasa Melayu
  • Sintaksis Bahasa Melayu
  • Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi.
Harap2 the minds,body and soul dapat bertahan. Amin. Bye

Welcome to 2025

Let's welcome 2025 together!  Antasha