Thursday, March 10, 2016
Sunday, March 6, 2016
KONSEP AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DARI SEGI PEMIKIRAN, PERTUTURAN, PERLAKUAN DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU.
Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon (2012) dalam
buku Budaya dan Pembelajaran, menjelaskan bahawa masyarakat merupakan
sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan
berasaskan satu budaya tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Mereka ini terdiri
daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling
berhubungan dari pelbagai aspek gaya hidup.
Pemikiran ialah proses
menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai
pelbagai kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognisi terhadap proses yang dilalui.
Menurut pandangan Islam, akal
berfungsi memerhatikan tenaga supaya
otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Menurut Hadith Nabi Muhammad :
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada
solat sunat 70 tahun”
Dari perspektif
pemikiran, Melayu ini secara historikal akan mengungkapkan perkembangan masyarakat
Melayu dari aspek budaya selaras dengan alam pemikiran mereka. Alam pemikiran
sosial Melayu ini merangkumi akal-fikiran, akal-budi, alam, ilmu yang
diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan. .
Manusia menggunakan akal dan hati untuk
mendekati dan berinteraksi dengan Tuhan dan juga memerlukan hubungan spiritual,
emosi dan jiwa. Manusia dipilih oleh Tuhan kepada untuk dijadikan sebagai khalifahNya
di muka bumi bagi memakmurkan tuntutan tugas manusia. Oleh itu, manusia
memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjaga alam ini.
Dari sudut pertuturan pula, masyarakat
Melayu dapat dilihat melalui sifat kesantunan. Menurut Kamus Dewan(1984),hal
115, santun bermaksud halus budi bahasa atau “berbudi pekerti” dan berusaha
menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
Berdasarkan seorang ahli bahasa
Malaysia yang terkenal, Awang Sariyan(2007)memberi takrifan kesantunan sebagai
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Manakala,
menurut tokoh Nusantara iaitu Hamka pernah
menyatakan bahawa kecantikan
yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah atau pakaian.
Antara contohnya ialah,masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti
nama diri yang lebih lembut(merendah diri). Senario ini dapat dilihat melalui
pertuturan antara rakyat jelata dengan Raja(Sultan). Rakyat akan menggunakan
kata ganti nama diri pertama(patik atau hamba)manakala Raja akan menggunakan
kata ganti nama diri ketiga(tuanku) dalam pertuturan laras bahasa istana. Tambahan
pula, masyarakat Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan
peribadi seseorang kerana mulut merupakan salah satu anggota yang perlu dijaga
kerana mulut akan mengungkapkan kata-kata yang kurang sopan. Oleh
itu,penggunaan mulut pada setiap hari perlu ada hadnya dan orang Melayu sangat
menitik beratkan hal sebegini selaras dengan penciptaan peribahasa seperti ”kerana
pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”.
Selain itu, akal budi masyarakat
Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Menurut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perlakuan dapat ditafsirkan sebagai
perbuatan. Dalam kehidupan seharian, masyarakat Melayu dapat dikateogorikan
masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. Misalnya, masyarakat
Melayu akan melayan tetamu terlebih dahulu walaupun dalam keadaan yang
sibuk,namun tingkah laku ini tidak dapat dilihat di Negara Korea. Mereka akan
memberitahu secara berterus-terang bahawa mereka sedang sibuk dan menyuruh
tetamu tersebut pulang. Selain itu, tertulis dalam hikayat sastera klasik di mana
terdapat beberapa pergaduhan yang mengaibkan atau menghukum seseorang. Contohnya,
kerana Jebat ingin membalas dendam ke
atas Sultan Melaka, Tuah telah dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh kerana
difitnah bermukah dengan perempuan istana. Oleh itu,lahirlah peribahasa “menconteng
arang di muka” yang bermaksud sesuatu perlakuan yang mendatangkan malu atau aib
kepada keluarga. Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan
ahli keluarganya ataupun seseorang dianggap sebagai tidak bermaruah. Justeru,masyarakat
perlu menjaga perlakuan agar tidak menyinggung perasaan seseorang.
Akhir sekali,akal budi masyarakat Melayu juga tidak lengkap tanpa
gaya hidup. Menurut sumber Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup bermaksud cara
tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut
kemampuan(mewah,sederhana dan sebagainya). Manakala kehidupan dapat
didefinisikan sebagai perihal hidup(Sumber:Kamus
Dewan Edisi Keempat). Terdapat beberapa jenis akal budi yang dapat dilihat
dalam kehidupan seharian iaitu agama dan kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem
kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.
Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan
campuran unsur lokal dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu,
Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat
yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Contohnya,adat
kunjung-mengunjungi jiran tetangga. Melalui principle
of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara
harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus
diamalkan. alam masyarakat
Melayu.
Selain itu, seni dapat dibahagikan kepada dua iaitu seni persembahan
(tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal,
hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias,
pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan sebagainya). Permainan tradisi seperti
gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan
seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan
berbagai-bagai unsur asli dan luar.
Dari segi kekeluargaan,
masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok. Pertamanya, penerapan sistem kekeluargaan dwisisi
(bilateral).Seterusnya, penerapan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal),
yang digunakan oleh orang Minangkabau di Malaysia.Tetapi disebabkan kedua-dua
kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu
banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Tamadun Melayu juga berteraskan
kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan
konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam
ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa dan perumpamaan. Pengaruh
kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu.
Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting
dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah
kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan
meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada
cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal
ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan
dengan dasar-dasar akidah Islam.
Sejarah masyarakat Melayu berkait
rapat dengan kesultanan Melayu. Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau
Raja sejak turun-menurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke
hari ini. Ini membuktikkan bahawa budaya masyarakat Melayu amat menghormati
pemimpin. Nilai ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan atau Raja telah menjadi
sebahagian budaya orang Melayu. Dalam agama Islam pemimpin adalah khalifah
Allah S.W.T. di muka bumi. Dalam pepatah Melayu:
Ada raja adat berdiri, Tiada raja adat
mati
Hidup dikandung adat, mati dikandung
tanah
Biar mati anak, jangan mati adat dan,
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi dalam amalan hidup
seharian. Mereka amat menjaga adat resam
termasuk pantang-larang dan adat isitadat yang diwarisi sejak turun-menurun.
Antara adat istiadat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut
kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan
hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada
menegaskan, “adat dikelek dan hukum dijunjung”. Terdapat beberapa upacara “rites de passage” gabungan unsur Islam
dan adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum
seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. oleh si
ibu agar anak yang bakal dilahirkan tidak akan mewarisi perangai keji kedua-dua ibu
bapaya.
Seterusnya, orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.
Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang
Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang
yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. Meraikan
tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut
ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilayan dengan sebaik mungkin. Oleh yang
demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan
sebaik-baiknya.
KARYA PUISI TRADISIONAL
Puisi tradisonal merupakan genre sastera
paling awal bagi semua bangsa di dunia. Buktinya ,orang Melayu berbangga dengan
puisi tradisional milik mereka yang pelbagai jenis. Antara jenis karya puisi
tradisional tersebut ialah pantun, syair, gurindam,nazam dan seloka.
Pantun digunakan untuk menyampaikan
pemikiran dan perasaan. Mengikut kajian, asal perkataan pantun mungkin
berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, tuntun, matuntun, panton, dan pantun
yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada
‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah dalam kesusasteraan
Melayu’. Istilah pantun asalnya dipakai dengan perbandingan. Contoh pantun cinta dan kasih sayang:
Dari Mentakab ke Sungai
Mati,
Singgah bermalam di Tangga
Batu,
Tumpang di rumah Tok Lela;
Timbullah insaf di dalam
hati,
Pemandu ramai penumpang
pula tetap setia
(Sumber Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas, Puisi Melayu)
Syair pula merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan
dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi.Syair berasal
daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti
penyair.Syair berkembang dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Dalam puisi Melayu tradisional,
bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri
sekitar abad ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.Contoh syair:
Manusia
turun kebumi untuk diuji,
Untuk
menjadi manusia sejati,
Muliakan
hati untuk mendapatkan derajat tertinggi,
Menjadi
kekasih yang dikasihi dan diberkati
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu
tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua
Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan
bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak. Isinya pula mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam
memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.Contoh gurindam:
Apabila
anak tidak dilatih,
Jika besar
bapanya letih.
Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama
yang berasal daripada puisi Arab, telah wujud lebih 100 tahun yang lalu dan
menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau
berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita Kebanyakan liriknya berbentuk puisi
lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar biasanya berkaitan dengan ilmu agama.
Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8
orang. Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16,
nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan ulamak.
Contoh nazam tradisonal karya
Aku mula nazam ini dengan nama,
Allah
yang memberi fahaman agama,
Puji
itu bagi Allah yang mulia,
Lagi
kekal ia lagi yang sedia.
(Tuan Guru Haji Mustapa)
Dalam
bahasa Melayu, seloka beerti berseloroh atau menyindir.Merupakan puisi yang
paling tua dalam kesusasteraan Melayu dan dipercayai datang ke alam Melayu
bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara
Contoh seloka:
Tanam
padi satu-persatu,
Anak
lintah dalam cunia.
Daging
hancur menjadi satu,
Tanda
cinta dalam dunia.
Tuesday, March 1, 2016
PENGERTIAN BUDAYA DAN AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU
PENGERTIAN BUDAYA DAN AKAL BUDI
MASYARAKAT MELAYU
Terdapat pelbagai takrifan yang
dikemukan mengenai konsep budaya. Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad
Subki bin Miskon (2012) , mengatakan
perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pengertian berikut:
a)
Buddhi ( Sanskrit ) : kecergasan fikiran dan akal
Bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran
seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani suatu
permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Manakala Menurut Teuku Iskandar, budi berasal daripada kata Sanskrit Buddhi
bermaksud bijak, baik pekerti dan mulia atau intelektual (wisdom).
b)
Daya (Melayu ) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
Ini pula memberi maksud bahawa
seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang
semula jadi bagi membantu menjana pemikiran.
Gabungan daripada perkataan tersebut
membawa maksud bahawa budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan
kekuatan kuasa, tenaga dan akal fikiran ke arah meningkatkan kecergasan akal
fikiran bagi menangani sesuatu masalah seterusnya menyelesaikannya. Daripada
pernyataan di atas, penyelesaian yang diterima akan dijadikan amalan dan
seterusnya dijadikan budaya dalam kelompok masyarakat.
Piddington (1952) menafsirkan budaya
sebagai satu himpunan kelengkapan intelek dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan kehendak
persekitaran.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya
ialah kemajuan pemikiran, akal budi(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam dan nilai.
Buktinya dapat dilihat melalui dua
belas jenis karya puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, nazam,
seloka, teka teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa
berirama (prosa lirik), dan dikir (zikir).
Daripada tafsiran-tafsiran tersebut,budaya boleh
dikatakan sebagai cara hidup atau sesuatu perkara yang dilakukan oleh sesebuah
kelompok masyarakat yang dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.
Setiap kelompok masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Kewujudan budaya
dan akal budi inilah yang dapat
membezakan kumpulan sesebuah masyarakat di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
CONTOH TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEKOLAH RENDAH MUDAH BAGI GURU TERLATIH
السلام عليكم dan salam sejahtera. Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah renda...
-
Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki bin Miskon (2012) dalam buku Budaya dan Pembelajaran, menjelaskan bah...
-
CERPEN BERUK Beruk! Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ket...
-
Pengenalan Kecergasan merupakan satu keadaan individu yang berkebolehan menyaingi kehidupan yang seimbang serta lengkap secara kesel...