Wednesday, January 1, 2025

Friday, June 16, 2023

CONTOH TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEKOLAH RENDAH MUDAH BAGI GURU TERLATIH

السلام عليكم dan salam sejahtera.


Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah rendah (SR).



Setiap guru juga diberikan e-mel moe. Saya gunakan e-mel itu untuk login Office 365 dan menyimpan semua dokumen secara cloud. Guru juga boleh menyimpan di Google Drive. Storage Google Drive unlimited jika menggunakan e-mel KPM. Rugi jika tidak menggunakannya.

Ini merupakan softcopy templat RPH di atas. Sila make a copy untuk copy dokumen berikut:

Versi Docs


Versi PDF


Antasha
17 Jun 2023

Thursday, December 31, 2020

Happy New Year! Welcome to 2021

Selamat Tahun Baru! 

Semoga tahun ini kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik seperti peluang pekerjaan, pendapatan yang stabil, kesihatan yang baik, family around us, kawan-kawan yang superb dan other good things.

2020 has quite been a tough year with the pandemic. Wish you a wonderful year of 2021 ahead. Don't forget to take care of ourself and other. Let's pray that Covid-19 will vanish gituww.

     Antasha

1 Januari 2021



Sunday, December 27, 2020

Prinsip-prinsip Latihan

1.2 PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Prinsip-prinsip ini adalah:-

1. MEMANASKAN BADAN

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

2. ANSUR MAJU

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalah berdasarkan kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

3. TAMBAH BEBAN

Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direkabentuk hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.

4. PERBEZAAN INDIVIDU

Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.

5. INTENSITI

Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban latihan. Intensiti beban latihan diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan supaya atlit bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70% higga 80% KNL).

6. SPESIFISITI (PENGKHUSUSAN)

Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

7. KEKERAPAN LATIHAN

Gerakerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

8. MASA LATIHAN

Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

9. KEBOLEHBALIKAN

Latihan yang dijalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal. Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang diambil untuk membinanya.

10. KEPELBAGAIAN LATIHAN.

Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi penyilangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan fizikal.

11. PENYESUAIAN LATIHAN ATAU ADAPTASI.

Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan perkara berikut:-

o Kekerapan (frequency)

o Intensiti ( Intensity )

o Masa (time)

o Jenis (type)

Latihan perlu dijalankan dengan berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu dijalankan sebanyak tiga kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit bagi setiap sesi latihan. Intensiti latihan boleh ditafsir sebagi kualiti latihan. Intensiti latihan pada kadar nadi 60% - 90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis aktiviti yang digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik sesuai untuk meningkatkan keupayaan aerobik. Jangkamasa latihan penting untuk menentukan kesan latihan yang optimun. Sekiaranya terlalu singkat iaitu kurang dari 20 minit tidak akan memberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik manakala jangkamasa terlalu lama pula akan mengakibatkan kelesuan.

Friday, December 25, 2020

Bebenang (thread) Tawaran Pelantikan Tetap Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Kemaskini maklumat di e-graduan 

1 Disember 2020 hingga 14 Disember 2020

Pada 1/12/2020 hingga 3/12/2020 macam tu, portal e-graduan mengalami gangguan teknikal. Ada juga yang dapat daftar dan log in (mungkin dia buat masa server tak ramai). Jadi, saya pun buat masa portal dah stabil.

Perkara yang penting masa isi e-graduan ni ialah butiran haruslah betul. Jika terdapat kesalahan, calon hendaklah menghantar emel (ada format) atau telefon. Cuma telefon ni pun line busy. Panduan mengisi butiran juga telah disediakan.

Tawaran Pelantikan Tetap Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

11 Disember 2020 (Jumaat) 

Kami dapat berita gembira. Hebahan keputusan temu duga SPP telah keluar. Bila check, alhamdulilah lulus. Selepas check keputusan, kita perlu klik surat tawaran tersebut dan simpan elok-elok. Lebih baik buat backup.

Antara langkah yang perlu dilakukan ialah:

1. Download surat tawaran

2. Cetak

3. Baca

3. Fahami arahan

Kemudian, dokumen-dokumen yang dinyatakan juga perlu disempurnakan secepat yang mungkin sebab lebih baik siap awal. Nak-nak lagi musim pandemik ni. Jadi, saya share thread atau bebenang perkara yang perlu disiapkan ya.
















      Antasha

26 Disember 2020


Pengalaman Temu Duga bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tamat Jun 2020

 

Hantaran sebelum ini pada 24 Disember 2020 saya dah share mengenai dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan. Sekali lagi saya beritahu, saya hanya share yang penting sahaja. Lampiran lain korang kena baca.

Perkara yang saya akan jelaskan pernah menjadi persoalan/pertanyaan yang kerap dalam group batch Telegram.

Lampiran 1 : Panduan Tugasan Penyediaan Video Rakaman

Pihak SPP jelas menyatakan calon perlu mempersembahkan Curriculum Vitae (CV) dan keterampilan diri yang layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidamatan Pendidikan Gred DG41.

Berikut merupakan komponen-komponen yang diminta

a)    Komponen pengenalan diri (2 minit)

b)    Komponen kemahiran mengajar (2 minit)

c)    Pengetahuan am (1 minit)

*Durasi video tersebut tidak melebihi 5 minit.

Jangan risau. Pihak SPP ada memberi cadangan masa untuk siapkan tugasan video rakaman ini.

Pihak SPP juga memberitahu video bilangan shot, ruang penggambaran bebas. Bolehlah nak cari background di mana-mana. Ada yang buat di kelas, ruang tamu, surau dan lain-lain asalkan bersesuaian.

Peringatan : Video yang dirakamkan hendaklah format mp4 720p.

Lebih baik mode landscape. Saya dan rakan-rakan lain merekod menggunakan telefon pintar sahaja. Kalau ada kamera profesional lebih baik. Saya sarankan juga gunakanlah tripod, microphone jika ada, LED ring atau apa-apa yang boleh membuatkan video anda lebih berkualiti.

Bagi semua komponen ikut saja kreativiti anda. Asalkan berdasarkan kriteria yang diminta.

Saya nasihatkan calon buat skrip dan praktis terlebih dahulu.

Kemudian, dah siap. Baru edit. Saya edit guna Filmora dekat phone je. Risau juga ada watermark tapi tiada masalah pun.

Pakaian formal dan kemas. Ada nametag. Masa saya interview, saya pakai baju kurung, tudung dan kasut. Tapi saya tidak memakai blazer kerana baju kurung sendiri sudah formal.

Lampiran 2 : Senarai Semak Dokumen Temu Duga bagi Permohonan ke Jawatan PPP

Perlu isi butiran, tick senarai semak dan letak gambar passport (background biru)

Lampiran 3: Panduan Memuatnaik Dokumen/Video Rakaman ke Google Drive

1.    Ikut sahaja langkah

  1. Sebelum hantar semak dahulu link (Link publickan, kemudian cuba buka kerana ada corrupted link. Nanti pihak SPP tidak dapat buka).
  2. Semak buat kali terakhir.
  3. Pastikan alamat emel betul.
  4. Baca doa.
  5. Send

*Lepas kita send,akan ada auto reply daripada pihak SPP yang menyatakan mereka sudah menerima. Saya dapat emel tu dalam masa 1 minit. All the best ya.

Antasha

25 Disember 2020

Thursday, December 24, 2020

Pengalaman Temu Duga bagi Graduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tamat Jun 2020

Hebahan panggilan temu duga bagi graduan PISMP Tamat Jun 2020.

16 Oktober 2020 (Jumaat)

Disebabkan pandemik Covid-19, temu duga SPP dijalankan secara rakaman video. So, kena jugak ready walaupun dalam norma baharu.

Langkah awal yang boleh buat

  1. Semak hebahan temu duga di portal SPP
  2. Jika berjaya, download arahan, panduan tugasan video, senarai semak dan panduan muat naik.
  3. Simpan semua dokumen tersebut. Buat backup dI emel/telegram/hardisk/pendrive
  4.  Cetak (lebih mudah untuk dibaca)
  5. Baca dokumen dengan teliti.

*Ada juga opsyen Bimbingan dan Kaunseling dan calon lain namanya tertinggal. Mereka interview lewat sikit cuma mereka tidak guna rakaman video. Mereka guna aplikasi Cisco Webex.

Saya hanya share maklumat yang penting sahaja ya. Lampiran lain korang kena baca sendiri.

Dokumen 1

Arahan temu duga secara video rakaman

Antara dokumen yang wajib discan dalam bentuk pdf ialah

a)    01 Kad pengenalan (warna)

b)    02 Sijil lahir

c)    03 Sijil SPM

d)    04 Ijazah sarjana muda (masa ni belum dapat lagi sijil degree). Guna yang ni

·         Surat tamat pengajian (download dari sistem iTEMS)

·         Sijil kursus PPISMP

·         Slip keputusan peperiksaan PISMP semester 1 hingga semester 8 (download dari sistem iTEMS.

·         Transkrip akademik PPPISMP

*Folder 04 ni merge dalam satu folder pdf. Guna online pdf combiner (Google je lol)

e)    06 MQA

f)     08 Sijil kegiatan Ko-Kurikulum (Tak perlu letak semua. Letak pencapaian tertinggi sahaja)

·         Peringkat antarabangsa

·         Negeri

·         Kebangsaan

·         Kampus

·         Sekolah praktikum (Contoh: Sijil penghargaan sebagai AJK)

 

Peringatan: Semua dokumen dalam bentuk softcopy (discan). Saya guna printer ya.

Saya share link Google Drive untuk cover fail, label fail, separator dan senarai kandungan. Saya hanya guna separator untuk sijil saja.Dokumen lain tu lebih sesuai untuk fail. 

Tunggu wait next post ya 😂😂😂😂😂

Thank you, pemilik asal label ni. Semoga murah rezeki💓

https://drive.google.com/drive/folders/1ve6i5YFvdmxuie8lMtDyJY0qUZd21UqX?usp=sharing

       
Antasha 

24 Disember 2020

Friday, May 8, 2020

IPG : Semester 8


Ambilan Jun 2016

Saya sebenarnya guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 di IPG Kampus Tuanku Bainun. Mei 2020 sepatutnya saya menamatkan pengajian tapi disebabkan Covid-19, pentaksiran alternatif mungkin dijalankan pada Jun 2020. Semua plan tak menjadi macam yang kita rancang. Huhue. But it's okay !!

Sepanjang berada di sem 8 ni, macam-macam kerja. Hectic. Terutamanya sem 8 ni kena siapkan research Bab 4 dan Bab 5. Untuk yang tak tahu, kita dah start buat research masa sem 6

Sem 6 : Kertas cadangan (kalau macam saya kajian kes bab 1, bab 2 dan bab 3)
Sem 7 : Kutip data semasa praktikum fasa 2
Sem 8 : Laporan penuh dan Viva.

Kali ni, viva pun tak macam biasa. Kami still buat PPTX cuma letak audio kemudian send kepada panel. Panel nanti pun akan bagi soalan . Kelebihan viva macam ni kuranglah anxiety.

Selain research, sem 8 pun ada intern. Intern akan buat kat sekolah praktikum sem 7 . Ada je tukar sekolah kecuali korang ada alasan yang kukuh nak tukar sekolah.

So, nasihat akak sem 8 untuk adik-adik yang nak masuk IPG ni. Masuk bukan sebab nak elaunlah, kerja senanglah dan bla bla. Masuk IPG pun ada banyak cabaran. All the best ya !😉😉😉😉😉

Kalau nak tanya apa-apa boleh dm kat twitter saya. Ciao!

Saturday, June 23, 2018

Nota Ringkas Latihan Kecergasan Fizikal



Pengenalan

Kecergasan merupakan satu keadaan individu yang berkebolehan menyaingi kehidupan yang seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang melibatkan sosial, psikologi dan fisiologi. Dipengaruhi oleh aspek-aspek keturunan (baka), persekitaran (alam sekitar) dan gaya hidup (tingkahlaku)

Konsep Kecergasan Keseluruhan

Kecergasan yang merangkumi aspek-aspek kecerergasan fizikal, mental, emosi dan rohani. (syumul).  Hidup dengan selesa, sempurna dan bertenaga. Hak Setiap Individu. Perlu ditingkatkan dari masa ke semasa bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat, cergas dan lebih bermakna.

Definisi Kecergasan Fizikal

Keupayaan untuk melakukan tugas tanpa lesu keterlaluan dan masih boleh bertindak balas terhadap keadaan yang cemas atau perkara yang tidak diduga.

Kepentingan Kecergasan Fizikal

1.    Faktor Kesihatan

Mempunyai tahap kesihatan yang optimum dan berkeupayaan mencegah penyakit dan kecacatan

2.    Faktor Kemahiran

Mempunyai kebolehan fizikal yang optimum dalam menangani kehidupan seharian dan dapat melakukan ikhtiar hidup.


Komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

1)    Daya Tahan Kardiovaskular

Kecekapan jantung dan sistem perdaran darah berfungsi dengan sistem respiratori untuk memenuhi keperluan oksijen dalam tubuh badan supaya kerja untuk jangka masa yang panjang dapat diteruskan.

Komponen ini melibatkan sistem tenaga aerobic yang mana memerlukan kehadiran oksigen untuk proses penghasilan tenaga.  Dayatahan CVR boleh dibina dengan melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara berpanjangan seperti aktiviti berikut:

a)    Jogging sejauh 5 km
b)    Berbasikal sejauh 20 km
c)    Berenang sejauh 600 meter
d)    Senamrobik selama 60 minit

Terdapat beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular

a)    Cooper test (lari selama 12 minit)
b)    Lari 2.4 km
c)    Ujian Bleep (Pace Run)
d)    Renang 600 meter.

2)    Daya tahan Otot

Kebolehan sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulang-ulang bagi satu masa tertentu atau penguncupan otot untuk satu jangka masa yang lama.. Dayatahan Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau kumpulan otot tertentu seperti

a)    latihan bebanan (beban kurang, ulangan banyak)
b)    Latihan rintangan (rintangan yang rendah, masa yang panjang)
c)    Ulangan perlakuan sehingga lesu.

Daya tahan otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti

a)    Tekan tubi tanpa henti selama 1 minit
b)    Harvard step up dengan mengikut rentak metronome
c)    Dan lain-lain lagi.

3)    Kekuatan Otot

Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangan
a)    Isotonik
b)    Isometrik
c)    Isokinetik

Beban mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihan
d)    Ujian Kekuatan Otot
e)    Bangkit tubi bervariasi
f)     Dynometer test
g)    Set ujian kekuatan.

4)    Kelenturan
a)    Keupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan pergerakan  berlaku melalui satu julat atau sudut yang seluas mungkin dengan licin tanpa sebarang rintangan.
b)    Hasil pergerakan ditentukan oleh kebolehan otot, ligamen dan tendon untuk memanjang.
c)    Latihan meningkatkan kelenturan - Kekerapan untuk melakukan senaman regangan otot, ligamen dan tendon semasa sesi memanaskan badan dan kekerapan melakukan kelonggaran sendi-sendi.
d)    Ujian Kelenturan -Terdapat banyak ujian kelenturan namun yang paling popolar ialah duduk dan jangkau.  Flexometer adalah alat yang direka untuk mengukur tahap kelenturan seseorang.


5)    Komposisi Badan

Kadar peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan tulang)

Latihan Pembakaran Lemak
·         Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.
·         Mengawal kadar pengambilan kalori dengan kadar pembakaran kalori.
·         Meningkatkan kadar metabolisme.

Ujian Komposisi Badan
·         Ukur lilit pinggul
·         Berat / tinggi

Komponen kecergasan fizikal berlandaskan  lakuan motor

a.        Ketangkasan
Keupayaan menukarkan araha semerta semasa dalam pergerakan.

b.        Imbangan
Kebolehan mengawal dan mengimbangi badan semasa beraksi

c.        Kordinasi
Kebolehan dua anggota berkerjasama

d.        Kelajuan
Melakukan pergerakan dengan pantas

e.        Masa tindak balas
Tindakan semerta selepas mendapat ransangan

f.         Kuasa
Keupayaan otot untuk meletus dengan penuh tenaga.


Monday, February 27, 2017

Cerpen Beruk karya Azizi Hj. Abdullah

CERPEN BERUK
Beruk!

Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid  yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.

“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.

Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.

“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”

Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.

“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.

“Saya cari, cikgu!”.

“Dah jumpa?”.

Alias angguk. Tersenyum.

“Sebab itu kau datang lambat?”

Angguk juga.

”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.

Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.

“Tidak cikgu, saya…”

“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.
      
Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.
 
Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan  lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.

Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.

Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.

“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.

“Dia panjat pokok kelapa?”

“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya.

“Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.

Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.

“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.

“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.

Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.

“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.

Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.

Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.

“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.  

Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.

Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk  menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.

Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.

“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.

“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.

“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.

“Cikgu…”

“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.

“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”

Alias duduk. Kaku. Sedih.

“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.

“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.

“Kenapa?”

“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.

Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.

Azizi Hj Abdullah

Dewan Bahasa, Disember 1970

Welcome to 2025

Let's welcome 2025 together!  Antasha