Monday, January 4, 2016

Kenangan di SMK Bukit Kepayang S2

Betul kata orang

"masa sekolah rendah, asyik teringin nak naik sekolah menengah dengan cepat,"
           "masa dah naik sekolah menengah, teringin nak masuk universiti cepat-cepat "
tapi, bila dah masuk universiti atau IPT teringat kenangan kat sekolah. Hahaha. Tipulah kalau tak de perasaan macam nie.

2014, tahun penting bagi batch 1997, ambik SPM bak kata orang " SPM tu penentu masa depan tapi bukanlah penentu untuk segala-galanya".

Jadi, Tasha nak cerita pasal subjek yang mungkin agak bosan bagi sape-sape yang kurang berminat akan subjek Perdagangan. Hahaha. Sebut je subjek Perdagangan mesti terbayang soalan-soalan esei dan objektif yang KBAT tu.

Jangan risau, cara Tasha nak fahamkan subjek tu ialah dengar je cikgu kita cakap apa, rajin-rajinlah bukak buku teks Perdagangan terutama sekali bab 1,2 dan 3 form 4. Memang sangat penting. Nak-nak lagi pasal Hieraki Keperluan Maslow.

Then,habis je honeymoon year, masuk 2014. Huhuhu SPM wei !!
Sape tak kecut perut dengar SPM kan !

Masuk je silibus form 5, kenalah belajar pasal bab perbankan, insurans, kenderaan, dan bla..bla..bla... Kalau Tasha baca teks dulu, buat nota sendiri, buat soalan past year dan semak jawapan kat belakang buku soalan. Kalau soalan esei pulak, Tasha hafal sikit-sikit je, yang lain baca soalan dengan teliti.


InsyaALLAH. Sape rajin dia boleh jawab.
Ehem...ehem.. teringat cikgu Chan Lai Chang yang ajar Tasha subjek Perdagangan.

No comments:

Post a Comment

CONTOH TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SEKOLAH RENDAH MUDAH BAGI GURU TERLATIH

السلام عليكم dan salam sejahtera. Ini merupakan contoh templat RPH yang saya gunakan sepanjang saya mengajar. Saya mengajar di sekolah renda...